Home Sukan Olimpik: Bekas pengembala kambing sumbang pingat lagi buat Indonesia

Olimpik: Bekas pengembala kambing sumbang pingat lagi buat Indonesia

Eko Yuli Irawan.

KUALA LUMPUR – Atlet dari Indonesia, Eko Yuli Irawan hari ini terus mencipta sejarah apabila menyumbang pingat perak dalam acara angkat berat 61 kilogram (kg) lelaki selepas akur kepada kehebatan Li Fabin dari China.

Irawan yang bersaing sengit dengan Li perlu mengangkat 177 kg pada angkatan terakhir untuk melebarkan lagi rekod dunia ‘clean and jerk’ miliknya kepada 3 kg.

Namun Li melakukan angkatan ‘clean and jerk’ 166 kg untuk menghimpun 313 kg secara keseluruhan untuk meraih emas.

Irawan yang merupakan bekas pengembala kambing dari Sumatra itu muncul atlet paling banyak memenangi pingat di Olimpik buat Indonesia apabila menambah pingat perak keduanya selepas di Rio dan gangsa di London serta Beijing.