Home Seni Hidup Meer Nash harumkan nama negara di China

Meer Nash harumkan nama negara di China

Meer Nash

KUALA LUMPUR – Seorang penyanyi muda Melayu melakar sejarah apabila menjadi juara pertandingan bahasa dan nyanyian Mandarin di China.

Muhamad Shameer Mohd. Nasrul atau lebih dikenali Meer Nash, seorang pelajar Fakulti Perakaunan Kampus Universiti Teknologi Mara Puncak Alam menewaskan 145 pelajar lain dari 112 negara yang bertanding selama sebulan di negara berkenaan.

Meer Nash memenangi Pertandingan 16th Chinese Bridge Chinese Proficiency Competition for Foreign College Students, yang merupakan pertandingan yang paling besar pernah dianjurkan di seluruh dunia di Beijing.

Meer Nash pulang ke tanahair pada awal pagi ini dengan membawa pulang kemenangan trofi kemenangan bagi peringkat Asia dan tempat kedua peringkat Global, Anugerah Populariti Terbaik dan Anugerah Kepetahan Terbaik semasa peringkat akhir yang diadakan 12 Ogos lalu.

Meer Nash juga pelajar dari Academy of Language Studies dan artis baharu On Muse Sdn. Bhd.

Meer Nash akan merakamkan dua buah lagu di dalam versi Melayu dan Mandarin keluaran On Muse Sdn. Bhd. dan juga lagu duet bersama artis remaja, Maisarah Ukulele bertajuk Tetap Setia tidak lama lagi.

On Muse sebelum ini membawa penyanyi seperti Sheila Amzah mencipta nama di China.- MalaysiaGazette