Thursday, November 28, 2024
Home Nasional Pembangkang ‘serang’ Azhar, dakwa seleweng Dewan Rakyat

Pembangkang ‘serang’ Azhar, dakwa seleweng Dewan Rakyat

Speaker of Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun. PIX: FAREEZ FADZIL / MalaysiaGazette / 13 JULY 2020. nominate PM Prime Minister Agong declaration letter
Speaker of Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun. PIX: FAREEZ FADZIL / MalaysiaGazette / 13 JULY 2020.

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dikritik hebat ahli-ahli Parlimen pembangkang selepas tidak membenarkan usul perbahasan Proklamasi Darurat dan ordinan dibawa ke dalam Dewan Rakyat.

Tindakan itu Azhar itu menyebabkan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh (DAP) menyoal beliau sama ada beliau ‘dikawal’ oleh kerajaan kerana tidak membawa isu itu ke dalam dewan.

Ramkarpal berkata, Azhar sebagai bekas peguam pasti faham betapa pentingnya proklamasi darurat dan ordinan berkaitan dibawa ke Dewan Rakyat selaras Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan.

“Tuan Speaker telah pun tidak membawa ordinan dan proklamasi tersebut ke Dewan ini. Kenapa? Anda Speaker telah dikawal kerajaan?” soalnya di Sidang Khas Dewan Rakyat hari ini.

Kata-kata Ramkarpal itu menyebabkan suasaan dewan menjadi kecoh apabila blok kerajaan memintanya menarik balik perkataan itu dengan segera.

Bahkan, beberapa perkataan yang agak panas seperti “letak jawatan” dan “derhaka” turut dikeluarkan sepanjang sejam mesyuarat itu berlangsung.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub (Amanh) turut mendakwa Azhar telah menyeleweng peranannya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Jelas beliau, ini kerana Azhar tidak mengikut titah Agong untuk membuka Parlimen dan membuat pembahasan. – MalaysiaGazette