Home Politik Mengapa tak buat kenyataan rasmi batal Ordinan Darurat? – Steven

Mengapa tak buat kenyataan rasmi batal Ordinan Darurat? – Steven

The Member of Parliament of Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 02 AUGUST 2018. free computer free laptop free tablet luxury cars Vellfire Mercedes
Steven Sim Chee Keong PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 02 AUGUST 2018.

KUALA LUMPUR – Sikap mendiamkan diri kerajaan terhadap pembatalan Ordinan Darurat dikritik pembangkang.

Menurut Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong (DAP), Pejabat Perdana Menteri (PMO) boleh mengeluarkan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengalami cirit birit namun mengapa perkara melibatkan Dewan Rakyat tidak boleh dimaklumkan kepada umum.

“Kalau pengumuman Perdana Menteri alami cirit birit pun boleh diumumkan melalui kenyataan media, takkan benda sepenting ini pembatalan Ordinan Darurat tidak boleh diumumkan kepada rakyat.

“Saya harap kerajaan berikan perhatian yang serius terhadap perkara ini,” katanya dalam sidang khas Parlimen sesi petang ini.

Awal hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang mengumumkan semua ordinan darurat yang diisytiharkan pada tahun ini dibatalkan pada 21 Julai lalu.

Pengumuman itu dibuat dalam sidang khas Parlimen hari ini.

Mengulas lanjut, Steven Sim berkata, kerajaan Perikatan Nasional perlu lebih jujur kepada rakyat dan pembatalan Ordinan Darurat dibuat secara senyap-senyap.

“Ada keperluan terutamanya Perdana Menteri memberikan satu penjelasan yang jujur terhadap pembatalan Ordinan Darurat pada 21 Julai lalu.

“Ini dilakukan macam main-main,” katanya lagi.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan mengenai kaedah pembatalan Ordinan Darurat diumumkan pada Sidang Khas Dewan Rakyat hari ini.

Beliau turut mempersoalkan sama ada perkara itu sudah dipersembahkan dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Anwar pertikai bagaimana kerajaan batal Ordinan Darurat?