Home Nasional Doktor kontrak HTAA utamakan tanggungjawab, pilih rawat pesakit daripada protes

Doktor kontrak HTAA utamakan tanggungjawab, pilih rawat pesakit daripada protes

Tiada sebarang bentuk demonstrasi oleh doktor kontrak di Hospital Tengkua Ampuan Afzan, Kuantan

KUANTAN – Tiada demonstrasi aman dilakukan doktor kontrak di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, seperti yang dirancang secara serantak pada jam 11 pagi hari ini.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati laluan masuk utama ke HTAA dikawal pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan pengawal keselamatan.

Pengarah HTAA, Dr. Rahimah Ibrahim ketika ditemui media

Pengarah HTAA, Dr. Rahimah Ibrahim berkata, beliau kagum melihat sikap yang dipamerkan 78 doktor kontrak yang lebih mengutamakan tanggungjawab merawat pesakit daripada menyertai sebarang bentuk demonstrasi.

“Tiada hartal oleh pegawai kontrak yang bertugas di HTAA, meungkin merasakan pihak kerajaan mendengar keluhan mereka.

“Sudah ada perbincangan oleh kerajaan ambil dan Perdana Menteri pun ada pengumuman untuk mereka dan sekarang keutamaan kepada memberi rawatan kepada kes yang memerlukan lebih penting daripada mereka mengadakan perarakan,” katanya di sini, hari ini.

Jelasnya, sebagai pentadbiran pengurusan, fungsi kepada pihak hospital sebagai pusat rawatan kepada pesakit dapat diteruskan tanpa gangguan. – MalaysiaGazette