Home Seni Hidup 70 peratus pelatih OKU PDK Pahang sudah divaksin

70 peratus pelatih OKU PDK Pahang sudah divaksin

MG-PAHANG-27072021_02-640x427
Antara pelatih PDK Kompleks Penyayang, Kampung Tiram, Indera Mahkota yang selamat divaksin dos kedua Sinovax di Kuantan, Pahang hari ini.

KUANTAN – Seramai 487 pelatih orang kelainan upaya (OKU) Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di seluruh Pahang telah divaksin.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Pahang, Zulkhairi Zainor Abidin berkata, proses vaksinasi itu melibatkan sebanyak 52 buah pusat PDK di 11 daerah di negeri itu berjalan dengan lancar.

MG-PAHANG-27072021_01-1024x683
Pelatih PDK Kompleks Penyayang antara golongan orang kurang upaya menunjukan kad vaksin setelah selesai dos kedua hari ini.

“Ini menjadikan sebanyak 70 peratus pelatih PDK seluruh Pahang telah mendapatkan suntikan vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

“Seramai 117 pelatih yang masih belum divaksin melibatkan 61 pelatih lelaki dan 56 pelatih wanita manakala yang menolak vaksin seramai 46 pelatih wanita dan 46 pelatih lelaki,” jelas Zulkahiri ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, tinjauan MalaysiaGazette mendapati pelatih PDK Kompleks Penyayang di kampung Tiram, Kuantan juga selamat menerima suntikan dos kedua vaksin hari ini.

MG-PAHANG-27072021_04-1024x683
Anak-anak syurga sabar menanti giliran untuk menerima suntikan vaksin di Kuantan, Pahang hari ini.

Penyelia PDK kompleks Penyayang, Zahariah Azhar berkata, proves vaksinasi yang dijalankan memudahkan pelatih kerana pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberikan vaksin di lokasi pilihan PDK.

ARTIKEL BERKAITAN :

Warga emas, OKU boleh ‘walk-in’ ke PPV di Melaka mulai hari ini – Exco

PKRC Bersepadu MAEPS 2.0 sedia fokus rawat pesakit Covid-19 kategori agak kritikal

Adik Bella, OKU dan kita

“Proses sangat mudah kerana selepas mendapatkan persetujuan ibu bapa, pihak PDK mencadangkan penerimaan vaksin di PDK sendiri dan KKM bersetuju kerana memudahkan pelatih dan tidak sesak.

“Dos pertama 29 Jun lalu melibatkan 21 penerima vaksin termasuk petugas dan ibu bapa hadir, juga diberi taklimat penerimaan vaksinasi.

“Sebelum ini, PDPR dijalankan sudah pun menerangkan kepentingan vaksinasi dan prosedur operasi standard sepanjang mendepani musim pandemik, jadi pelatih dan keluarga sudah memahami dan memberi kerjasama yang baik,” katanya. – MalaysiaGazette

f33380ffb6b184aa6f340201f44d0880?s=150&d=mp&r=g
+ posts