SINGAPURA – Petroliam Nasional Berhad (Petronas) menetapkan faktor harga minyak mentah Malaysia (MCO) untuk bulan Ogos pada AS$2.95 setong, naik AS$0.35 dari bulan sebelumnya, kata syarikat itu pada hari Rabu.
Petronas menukar mekanisme harga jualan rasmi (OSP) pada bulan Januari 2017, berdasarkan harga penanda arasnya dalam kumpulan empat gred minyak mentah Malaysia: Labuan, Miri Light, Kikeh dan Kimanis. – MalaysiaGazette