Home Nasional Pegawai polis cedera ringan van bawa Orang Kena Tuduh terlibat kemalangan

Pegawai polis cedera ringan van bawa Orang Kena Tuduh terlibat kemalangan

PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Seorang pegawai polis cedera ringan selepas sebuah van membawa Orang Kena Tuduh (OKT) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai ke Mahkamah Kota Bharu terlibat dalam kemalangan di Kampung Beta Hulu, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Abdul Rahim Daud berkata, kemalangan berlaku pada 9.40 pagi ketika kenderaan itu membawa pegawai polis lelaki tersebut bersama tiga anggota dan dua OKT untuk urusan pertuduhan di Mahkamah Kota Bharu.

“Tiba di tempat kemalangan, sebuah kenderaan jenis Toyota Inova yang dipandu oleh remaja perempuan berusia 19 tahun telah keluar secara mengejut dari simpang sebelah kiri haluan hala ke Kota Bharu seterusnya menyebabkan berlaku kemalangan.

“Akibat kemalangan itu, remaja perempuan tersebut mengalami kecederaan di bahagian kaki. Pemandu van polis tidak mengalami kecederaaan namun seorang pegawai cedera ringan di bahagian tangan kiri, manakala dua OKT juga tidak mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Abdul Rahim Daud berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama