KUALA LUMPUR – Negara kembali mencatatkan angka tertinggi kes harian positif Covid-19 direkodkan apabila sebanyak 17,405 dilaporkan hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga kini jumlah keseluruhan kes positif sudah mencecah 1,061,476.
Beliau berkata, Selangor masih merekodkan 7,171 kes baharu, diikuti Kuala Lumpur dengan 2,880 kes dan Kedah (1,112).
Ia diikuti Sabah (913), Negeri Sembilan (863), Johor (767), Pulau Pinang (760), Kelantan (532) dan Melaka (531).
Terengganu pula menyusul dengan 490 kes, Sarawak (464 kes), Pahang (429 kes) dan Perak (406 kes).
Bakinya, Putrajaya (68 kes), Labuan (16 kes) dan Perlis (tiga kes), katanya dalam satu kenyataan hari ini. – MalaysiaGazette
BERITA LANJUT MENYUSUL