Home Nasional Keputusan ujian saringan Covid-19 Ketua Menteri P. Pinang negatif

Keputusan ujian saringan Covid-19 Ketua Menteri P. Pinang negatif

Chan Kon Yeo
Chow Kon Yeow.

GEORGE TOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menamatkan kuarantin kendiri yang dijalaninya sejak Ahad lalu selepas keputusan ujian saringan Covid-19  negatif.

Kon Yeow yang juga Ahli Parlimen Tanjong memaklumkan perkara tersebut dalam satu kenyataan media selepas menjalani ujian saringan di Klinik Kesihatan Jalan Perak di sini, hari ini.

“Atas nasihat daripada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP), saya boleh menamatkan tempoh kuarantin pada hari ini juga.

“Pandemik Covid-19 membawa impak begitu besar dan kita perlu berusaha dengan lebih gigih untuk memastikan kita semua terlindung daripada semua ancaman.

“Saya dengan ini mendoakan rakyat yang dijangkiti virus ini supaya cepat sembuh selain sama-sama kita berganding bahu menyuntik sokongan kepada barisan petugas hadapan dalam memerangi pandemik ini,” katanya hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN :

Ketua Menteri Pulau Pinang jalani kuarantin di rumah

MalaysiaGazette pada Ahad lalu melaporkan, Kon Yeow diarahkan untuk menjalani kuarantin selepas seorang pegawai pengiringnya disahkan positif Covid-19.

Ia sekali gus menyebabkan Ahli Parlimen Tanjong itu tidak dapat menghadiri Persidangan Khas Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen Ke-14. – MalaysiaGazette