LISBON – Penduduk Portugal pada tahun ini berjumlah 10,347,892 orang, penurunan dua peratus berbanding tahun 2011, menurut hasil bancian oleh Institut Statistik Nasional Portugal (INE).
Dengan 214,286 penduduk yang lebih sedikit berbanding dekad yang lalu, Portugal mengesahkan penurunan populasi terbesar dalam 50 tahun.
“Dari segi bancian, satu-satunya dekad yang terdapat penurunan jumlah penduduk adalah antara tahun 1960 dan 1970,” kata INE dalam satu kenyataan.
Menurut analisis oleh Presiden INE, Francisco Lima, Portugal mencatat keseimbangan migrasi positif, tetapi itu “tidak mencukupi untuk mengimbangi” pengurangan populasi negara itu dalam 10 tahun kebelakangan ini.
Menurutnya, hanya wilayah Lisbon dan Algarve, di selatan Portugal, yang mencatat peningkatan jumlah penduduk, yang menunjukkan “terdapat tumpuan yang jelas di sekitar ibu kota” negara itu, dengan “wilayah pedalaman kehilangan penduduk.”
Banci Portugis dilakukan antara 5 April dan 31 Mei, dengan 99.3 peratus respons penduduk tiba melalui saluran digital. – MalaysiaGazette