Home Politik Tak umum MB Johor takut rakyat meluat – Salahudin

Tak umum MB Johor takut rakyat meluat – Salahudin

Salahudin Ayub

KUALA LUMPUR – “Kami tak umum calon MB Johor lagi kerana takut rakyat meluat”

Itu tegas Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Salahudin Ayub berhubung kenapa PH tidak menyenaraikan nama MB Johor walaupun yakin mereka dapat menakluk negeri berkenaan.

“Kita tak bincang perkara itu (calon MB Johor). Kita ada ramai tokoh ada dalam dunia politik, (kalau) kita tampil bising kuat nanti rakyat meluat nanti,” ujarnya dalam temubual rancangan Terus Terang hari ini.

Apa yang penting, menurut Salahuddin, rakyat mahu melihat apa yang PH tawar melalui kepimpinan, ketokohan dan idea-idea besar.

“Siapa MB Johor kita tunggu pengumuman selepas menang PRU-14,” ujarnya lagi.

Baru-baru pimpinan PH termasuk Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerajui pakatan pembangkang merangka strategi menawan Johor dan Salahudin sendiri sudah enam bulan menumpukan kerja-kerja politik di negeri kelahirannya itu.

Sementara itu, Salahudin masih berharap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempercepatkan proses penubuhan PH Selangor.

Bagaimanapun beliau menafikan pertanyaan sama ada tujuan PAN untuk mengambilalih kerusi ahli majlis dan ketua masyarkat daripada Pas di negeri itu sekiranya PH Selangor ditubuhkan.

“Saya yakin dengan pelantikan YAB Azmin (pengarah pilihan raya PH) baru-baru ini saya yakin proses penubuhan PH Selangor akan berlaku,” katanya.

Apa yang membuatkannya marah sebelum ini kerana Pas dalam muktamar memutuskan kerjasama dengan PKR tetapi dalam konteks Selangor ia berubah dan exconya tidak mahu meletakkan jawatan, kata Salahudin. – MalaysiaGazette