Home Seni Hidup Fara Fauzana kembali ke konti Hot FM

Fara Fauzana kembali ke konti Hot FM

Foto Instagram Fara Fauzana.

KUALA LUMPUR – Setelah lima tahun meninggalkan dunia penyiaran radio, Fara Fauzana kini kembali menjadi penyampai radio di stesen Hot FM.

Perkara tersebut telah diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif Ripple, Nazri Noran pagi tadi, menerusi satu posting video di Instagram.

“Dengan ini saya nak buat pengumuman show pagi yang akan ditetapkan adalah AG dan Fad akan dikekalkan.

“Berkenaan orang ketiga, saya perlukan seseorang untuk beritahu,”tulisnya.

Fara Fauzana turut membuat kejutan apabila masuk ke konti radio dengan memakai topeng sehingga mengejutkan kedua-dua penyampai berkenaan.

Ketiga-tiga penyampai berkenaan menggantikan tiga orang penyampai sebelum ini iaitu Fizie, Mark Adam dan Riena Diana yang mengendalikan slot Geng Pagi Hot.

Fara Fauzana telah bersama dengan Hot FM selama 10 tahun sebelum mengundurkan diri pada 2016. – MalaysiaGazette