LONDON – Juventus mencuba nasib mendapat pemain tengah Manchester United, Maraoune Fellaini dengan tawaran bidaan sebanyak £22.5 juta.
The Sun melaporkan, kelab Itali berharap Jose Mourinho akan bersetuju kerana skuadnya telah memiliki ramai pemain di bahagian tengah.
Juventus juga yakin bidaan mereka akan berjaya kerana aksi pemain baharu, Nemanja Matic yang memukau pada perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris, hujung minggu lalu.
Matic, 29, melengkapkan perpindahan dari Chelsea dengan nilai £40 juta dan berjaya membantu kelab itu menewaskan West Ham 4-0.
Fellaini telah dikaitkan dengan Galatasaray sebelum ini, namun Mourinho enggan melepaskan pemain tinggi lampai itu dengan harga yang tidak munasabah.
Usaha mendapatkan Fellaini akan dilakukan lebih serius jika Juventus gagal membawa Blaise Matuidi dari PSG. – MalaysiaGazette