GEORGE TOWN – Veteran UMNO, Tan Sri Mohd Yussof Latiff memohon pertimbangan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah untuk menubuhkan kerajaan interim (sementara) sebagai solusi menyelamatkan negara ketika ini.
Jelas beliau, penubuhan kerajaan interim itu dianggap wajar susulan rata-rata Ahli Parlimen meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berundur dalam persidangan Parlimen yang berlangsung sejak Isnin lalu.
Kata Mohd Yussof, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah perlu diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri interim berdasarkan pengalaman luas dari segi ekonomi serta ahli politik mempunyai kedudukan dalam kerajaan sebelum ini.
“Mereka (pemimpin kerajaan) yang ada sekarang ini banyak berpolitik daripada fokus ekonomi serta kesejahteraan rakyat.
“Solusi terbaik sekarang ini untuk menjimatkan kewangan negara bagi membiayai Kabinet yang menelan kos jutaan ringgit setiap bulan adalah bubarkan Palrimen dan tubuhkan kerajaan interim.
“Kita ada banyak pemimpin berpengalaman yang jujur, ikhlas serta boleh memimpin negara sementara sampai masa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15),” katanya pada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Jalan PEMENANG di sini, hari ini.
Mengulas mengenai pemimpin yang perlu menganggotai kerajaan interim, Mohd Yussof memberitahu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Musa Hitam, Tan Sri Rafidah Aziz antara yang layak berganding bahu bersama Tengku Razaleigh.
Kata beliau, mereka ini antara pemimpin yang mempunyai pengalaman luas dalam menguruskan pentadbiran negara dan sekali gus dapat mengembalikan keyakinan rakyat semula.
“Tengku Razaleigh sebagai perdana menteri kemudian jemput mereka-mereka ini yang mempunyai kepakaran dalam ekonomi. Banyak orang yang nak beri khidmat tapi tidak diberi peluang.
“Sebelum ini kita harapkan kerajaan Pakatan Harapan namun mereka gagal kemudian Perikatan Nasional pula terumbang-ambing jadi kerajaan interim perlu dianggotai orang bukan kerajaan,” ujar Mohd Yussof. – MalaysiaGazette
RAKYAT WAJIB BOIKOT PRU 15…..BILA MANIFESTO DAN MANDAT RAKYAT DITELANJANGI DAN DIKENCING HANCING…..MP2 SENTIASA BERCAKARAN DALAM PARLIMEN SEBELUM DAN SEMASA PANDEMIK…..MASING2 HANYA GILA POLITIK KUASA……INGAT SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT….RAKYAT MUAK DENGAN INTEGRITI DOWN DAN SAKIT MENTAL PARA PEMIMPIN POLITIK.
MEREKA MP/ADUN YANG DIDAKWA DAN MASIH DALAM KES MAHKAMAH MASIH BEBAS KESANA KESINI DENGAN ALASAN SELAGI TIDAK DIDAPATI BERSALAH
RAKYAT BIASA MUDAH PULA DIREMANLOKAP BERGARI WPUN BELUM PASTI BERSALAH
RAKYAT MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB MENGUNDI…MALANGNYA PEMIMPIN TERPILIH BAKULSAMPAHKAN HASRAT RAKYAT