Home Nasional PRN Sarawak tidak diadakan sepanjang tempoh darurat – PMO

PRN Sarawak tidak diadakan sepanjang tempoh darurat – PMO

Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak tidak akan diadakan sepanjang tempoh darurat berkuatkuasa kecuali jika ia ditamatkan lebih awal, kata Pejabat Perdana Menteri.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak tidak akan diadakan sepanjang tempoh darurat berkuatkuasa kecuali jika ia ditamatkan lebih awal.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan berkata, Proklamasi Darurat bagi seluruh negeri Sarawak perlu diisytiharkan untuk menangguhkan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi mengelak penularan Covid-19 menjadi lebih serius.

Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 21 Julai lalu telah bersetuju untuk menasihati KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong agar memperkenankan Proklamasi Darurat bagi seluruh negeri Sarawak setelah darurat yang berkuatkuasa pada masa ini berakhir pada 1 Ogos 2021.-

Sehubungan itu, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah berunding dengan Kerajaan Negeri Sarawak telah
memperkenankan Proklamasi Darurat bagi seluruh negeri Sarawak yang akan mula berkuatkuasa pada 2 Ogos 2021 hingga 2 Februari 2022.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

YDPA isytihar darurat Sarawak 2 Ogos ini hingga 2 Februari 2022