KUALA LUMPUR – Tepat pukul 5.23 petang tadi sebuah kenderaan yang dipercayai membawa Timbalan Perdana Menteri tiba di perkarangan kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat menaiki kereta Toyota Alphard hitam terus memasuki kediaman peribadi Muhyiddin.
Bagaimanapun, Muhyiddin tiada di kediamannya kerana dilihat keluar pukul 3.40 petang tadi.
Muhyiddin dilihat keluar dan tidak kembali setakat pukul 6 petang ini.
Kediaman Perdana Menteri menjadi tumpuan wakil media sejak Khamis lalu ekoran penangguhan kontroversi Sidang Khas Dewan Rakyat dan berkaitan titah Yang Di-pertuan Agong mengenai pembatalan Ordinan Darurat.
Tidak sampai sejam, kenderaan yang membawa Ismail dilihat meninggalkan Bukit Damansara jam 6.30 petang. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: