Home Nasional Stesen pemancar sementara dipasang di Kg. Gelong Badak

Stesen pemancar sementara dipasang di Kg. Gelong Badak

PARA penduduk di Kg. Gelong Badak, Bachok kini boleh kembali menikmati liputan telekomunikasi selepas kerja-kerja pemasangan stesen pemancar sementara telah didirikan lebih awal daripada yang dijadualkan.

KUALA LUMPUR – Kerja-kerja pemasangan stesen pemancar sementara di Kampung Gelong Badak, Bachok berjaya disiapkan Jumaat lalu selepas menara komunikasi di kampung tersebut tumbang pada 22 Julai lalu.

Menara yang tumbang itu milik menara milik pihak Redtone yang dikongsi bersama dengan syarikat penyedia perkhidmatan yang lain iaitu Celcom, Digi dan Maxis.

Pengguna setempat yang mengalami gangguan akibat kejadian tersebut kini dapat menikmati semula rangkaian komunikasi dan liputan Internet seperti sedia kala. – MalaysiaGazette