KUALA LUMPUR – Hospital Kuala Lumpur (HKL) menafikan mesej tular yang mendakwa mayat pesakit Covid-19 yang telah disahkan meninggal dunia oleh doktor yang bertugas di wad ICU didapati masih hidup di lokasi pengkebumian dan seterusnya dibawa kembali ke HKL untuk rawatan.
HKL menjelaskan, tiada kejadian berlaku seperti dakwaan mesej tular berkenaan, kata Kementerian Komunikasi dan Multi Media.
Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempercayai berita tersebut dan berhenti daripada menyebarkan maklumat palsu yang boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan dalam kalangan masyarakat. – MalaysiaGazette