Home Utama Kabinet bincang usul bahas pembatalan ordinan darurat – Muhyiddin

Kabinet bincang usul bahas pembatalan ordinan darurat – Muhyiddin

Usul itu yang akan dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri esok diharapkan dapat menyelesaikan polemik berkaitan pembatalan ordinan- ordinan darurat secara harmoni dan berperlembagaan

Pejabat Perdana Menteri

KUALA LUMPUR – Proses pembatalan ordinan-ordinan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong sepertimana yang disembah nasihat oleh Jemaah Menteri pada 23 Julai lalu tidak dapat disempurnakan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, selaras dengan titah Agong dan peruntukan 150 (3) Perlembagaan Persekutuan, satu usul untuk membahas dan mengungkai ordinan-ordinan darurat berkenaan boleh dibawa dalam sidang Parlimen September depan.

“Dengan berakhirnya Proklamasi Darurat pada 1 Ogos 2021, berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, pembatalan ordinan-ordinan darurat oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak lagi berbangkit ,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Muhyiddin, usul itu yang akan dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri esok diharapkan dapat menyelesaikan polemik berkaitan pembatalan ordinan- ordinan darurat secara harmoni dan berperlembagaan. – MalaysiaGazette