
KUALA LUMPUR – Ramai ternanti-nanti filem lakonan Chacha Maembong dan Afiq Muiz dalam filem I’m Not Terrorist.
Filem kerjasama syarikat Malaysia dan Bollywood itu berdasarkan kisah benar arahan Arjin Uppal.
Ia bakal ditayangkan 5 Oktober ini dan mengisahkan gerakan pengganas.
Selain Malaysia, lokasi penggambaran juga dibuat di Kashmir.
Ia juga dibintangi oleh pelakon terkenal Bollywood seperti Gulshan Grover, Rahul Dev dan Farida Jalal.- MalaysiaGazette