Home Seni Hidup Bukan saya pelawak yang jadi bapa ayam – Shahrol Shiro

Bukan saya pelawak yang jadi bapa ayam – Shahrol Shiro

Fotografi bersama Pelawak dan Penyampai Radio, Shahrol Shiro pada Majlis Pengenalan Shahrol Shiro sebagai penyampai baru Radio Suria FM di Tropicana City Mall, Selangor. foto IQBAL BASRI, 10 JULAI 2017

KUALA LUMPUR – Shahrol Shiro menafikan dirinya sebagai pelawak yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks.

Semalam, pelawak Taukeh turut tampil berbuat demikian selepas namanya dikaitkan.

Shahrol, mengakui memang ada beberapa individu yang bertanya mengenai perkara itu kepadanya.

“Beberapa sahabat termasuk bertanya adakah itu saya dan saya telah menjelaskan itu bukan saya.

“Terima kasih kerana bertanya dulu dan pada komen-komen terus menuduh saya,” katanya di Instagram di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supt Amran Mohd Ghani berkata, susulan tangkapan itu, pihaknya juga berjaya menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau di sebuah bilik hotel di Kuala Pilah, kira-kira pukul 10 pagi.

Menurut Amran, polis menahan seorang lelaki dan menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau daripada menjadi mangsa pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks.

Sementara itu, pemilik nama sebenar Shahrol Azizie Azmi, 37, itu secara sinis berkata, dia juga memaafkan mana-mana pihak yang menuduhnya secara melulu apabila mengaitkannya dengan kes terbabit.

“Saya tak mahu kalian merangkak di padang mahsyar mencari saya dan fokus pada dosa-dosa yang lain kerana saya dah memaafkan anda.

“Terima kasih kerana mengambil berat pasal saya,” katanya. – MalaysiaGazette