KUALA LUMPUR – Malaysia menambah satu lagi pingat emas melalui acara memanah compound berpasukan campuran pada Sukan SEA ke-29 di Padang Sintetik Majlis Sukan Negara (MSN), hari ini.
Gandingan Mohd Juwaidi Mazuki dan Fatin Nurfatehan Mat Salleh sekali gus mempertahan pingat emas di Singapura selepas menewaskan pasukan Myanmar, Aung Ngeain dan Ye Min Swe, 152-142.
Terdahulu di saingan suku akhir, pemanah Malaysia mengalahkan Singapura (Ang Han Teng dan Madeleine Ong Xue Li) 155-149 untuk melangkah ke pusingan separuh akhir dan seterusnya mengatasi Vietnam (Chau Kieu Oanh dan Tien Cuong Nguyen), 154-152.
Pingat gangsa diraih Vietnam yang menang ke atas Filipina (Amaya Amparo Cojuangco dan Paul Marton Dela Cruz), 159-155.– BERNAMA