Home Nasional Faizal Azumu dilantik Penasihat Khas Perdana Menteri bertaraf menteri

Faizal Azumu dilantik Penasihat Khas Perdana Menteri bertaraf menteri

Ahmad Faizal Azumu

KUALA LUMPUR – Pejabat Perdana Menteri hari ini mengesahkan pelantikan Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Penasihat Khas Kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin Bertaraf Menteri.

Beliau adalah Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang juga merupakan Ahli Parlimen Tambun dan mantan Menteri Besar Perak.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Ahmad Faizal akan bertanggungjawab menasihati perdana menteri dalam hal ehwal jalinan komuniti, komunikasi masyarakat dan pembangunan sosio-ekonomi.

Pejabat Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah kepada Ahmad Faizal di atas pelantikan tersebut.

Awal hari ini tular satu poster ucapan tahniah terhadap Ahmad Faizal kerana dilantik sebagai penasihat perdana menteri. – MalaysiaGazette