Home Politik Ada percubaan beli dua Ahli Parlimen PH – Saifuddin Nasution

Ada percubaan beli dua Ahli Parlimen PH – Saifuddin Nasution

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail selepas hadir mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan Harapan (PH) di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya. foto FAREEZ FADZIL, 28 SEPTEMBER 2020

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution mendedahkan dua cubaan untuk membeli Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH).

Menurut Saifuddin, dua daripada Ahli Parlimen itu adalah dari Hulu Selangor iaitu June Leow Hsiad Hui dari PKR dan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong dari DAP.

“Usaha membeli sedang berjalan rancak. Beberapa MP blok pembangkang diumpan jawatan menteri,” dedah Saifuddin.

Dalam perbualan mesej aplikasi WhatsApp itu, individu berkenaan berkata, terdapat kekosongan jawatan dalam Kabinet dan mengemukakan soalan adakah ahli-ahli Parlimen itu berminat.

“Dua jawatan Menteri Kabinet kosong, keluarlah daripada bayangan keluarga Lim, kami memerlukan lebih ramai bukan Bumiputera untuk mewakili kerajaan.

“YB, durian RM30 (dipercayai merujuk kepada harga), ganti durian Parit Sulong atau Lenggong. Durian confirm hari ini terus bayar, cash (tunai), tulis mesej berkenaan.

Dalam satu lagi mesej yang dipercayai dihantar ke Ahli Parlimen Hulu Selangor, June Leow Hsiad Hui, mesej itu bertanyakan sama ada beliau berminat atau tidak.

“Dua jawatan Menteri Kabinet kosong, kalau kamu berminat.

“Apa yang kamu perlukan untuk berkhidmat di kawasan kamu dengan lebih baik? Hulu Selangor sangat memerlukan bantuan ekonomi dan kewangan,” kata mesej itu lagi.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komiditi, Datuk Willie Mongin mendedahkan PH menghubunginya untuk kembali menyokong gabungan itu.

Willie merupakan Ahli Parlimen Puncak Borneo dari parti Bersatu bagaimanapun memberitahu pihak yang cuba ‘membelinya’ bahawa beliau tidak berminat untuk menyertai blok pembangkang sebaliknya lebih fokus untuk membantu rakyat.

“Cakap ada number (sokongan). Tapi call saya minta bantu sokong PH,” dedah Willie. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. dedahkan pemilik tel/yang tawar menawar tu….sandiwara politik me LAYU…nanti timbul pula diBIAYAI ISTANA….cerita sama dgn ANWARFIKUN menjaja semua NOMBOR ada padanya.

Comments are closed.