Home Sukan Selepas Messi, Aguero pula mahu tinggalkan Nou Camp

Selepas Messi, Aguero pula mahu tinggalkan Nou Camp

Aguero pemain terbaharu yang mencari jalan menerusi peguamnya untuk meninggalkan Barcelona selepas menandatangani kontrak pada Jun lalu. Foto Kredit: fcbarcelona.com

MADRID – Barcelona terus dilanda masalah menjelang musim La Liga 2021/22 Ogos ini apabila seorang lagi pemain dilaporkan mahu meninggalkan kelab tersebut.

Selepas berita Messi sah meninggalkan Nou Camp mengejutkan dunia bola sepak, hari ini rakan senegaranya Sergio Aguero yang baharu menandatangani kontrak pada awal Jun lalu mahu meninggalkan kelab itu.

Difahamkan bahawa keputusan Messi yang sudah meninggalkan kelab itu selepas 21 tahun faktor utama Aguero mengambil keputusan sedemikian.

Bekas penyerang Manchester City itu dilaporkan memberitahu peguamnya untuk mencari jalan keluar dari kontrak yang telah dipersetujui bersama the Catalans.

Salah satu sebab utama Aguero menyertai Barcelona kerana mahu beraksi bersama rakan senegaranya Messi.

Malah sehari sebelum menyertai kelab La Liga Sepanyol itu, Aguero dilaporkan telah meminta kepastian kepada Catalans mengenai jaminan Messi kekal di kelab itu sebelum menurunkan tandatangan dalam kontrak secara rasmi.

Pemain berusia 33 tahun itu dikatakan kecewa dan terkejut rakan senegaranya meninggalkan kelab selepas dijanjikan isu kontrak Messi akan diselesaikan dan mereka akan beraksi bersama musim baharu nanti.- Daily Mail.com