KUALA LUMPUR – Pelawak Tauke meluahkan rasa hatinya selepas terkilan namanya menjadi tular apabila masih dikaitkan dengan penahanan ke atas seorang selebriti sebagai bapa ayam baru-baru ini.
Menerusi luahan di Instagram miliknya, Tauke berkata, ada pihak terlalu gemar menuding jari hingga mengaibkan seseorang sesuka hati.
“Sahabat beriman, kita seronok bermain dengan jari. Kita seronok mengaibkan orang lain. Kita seronok memfitnah, mengumpat dan mencemarkan maruah orang lain sesuka hati,” katanya di Instagram Story semalam.
Dalam serbuan pada jam 10 pagi itu, polis turut berjaya menyelamatkan seorang wanita daripada menjadi mangsa kegiatan pelacuran.
Beberapa nama pelawak kemudian mula dikaitkan dengan tangkapan terbabit termasuk Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria itu.
Bagaimanapun, Tauke menafikan dirinya adalah pelawak yang dimaksudkan.
Dengan apa yang berlaku itu, Tauke mempersoalkan apakah orang ramai boleh menganggap diri mereka lebih baik daripada orang lain.
“Kita membuka ruang untuk menghasut agar membenci sesama makhluk. Adakah kita berasa kita begitu mulia?” katanya pada hantaran yang sama. – MalaysiaGazette