Home Seni Hidup Pasar Tani UTC Pahang kembali beroperasi

Pasar Tani UTC Pahang kembali beroperasi

Suasana perkarangan parkir bangunan UTC Pahang kembali hidup Ini kerana Pasar Tani UTC di situ kembali beroperasi.

KUANTAN – Semalam, suasana perkarangan parkir bangunan Urban Transformation Centre (UTC) Pahang di tengah-tengah bandar raya ini kembali hidup.

Ini kerana Pasar Tani UTC di situ kembali beroperasi.

Bagaimanapun, Datuk Bandar Kuantan, Datuk Hamdan Hussin berkata, para peniaga hendaklah lengkap dua dos vaksin sebagai langkah keselamatan.

“Peniaga juga adalah peniaga dari Kuantan serta telah mengambil vaksin atau sekurang kurangnya telah mendaftar untuk pengambilan vaksin dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui semalam.

Pasar Tani UTC di perkarangan parkir UTC Pahang sudah mula beroperasi pada 8 Ogos 2021.

Menurut Hamdan, waktu operasi bermula pukul 7 hingga 11 pagi sahaja dan terhad kepada komoditi utama seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

“Peniaga pasar tani hendaklah peniaga dari Kuantan bagi mengelakan daripada aktiviti merentas daerah atau negeri,” kata Hamdan.

Beliau berkata demikian semasa Program Tinjauan Mesra (walkabout) sempena pembukaan pengoperasian semula Pasar Tani bersama Datuk Abd Rahim  dan Timbalan Ketua Pengarah FAMA di Pasar Tani UTC Pahang.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati seramai 50 orang peniaga dimana semua peniaga adalah dari kategori jualan komoditi asas sahaja seperti yg dibenarkan dalam garis panduan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2.

Dalam pada itu, bagi  membendung wabak Covid-19 daripada terus merebak, para pengunjung berisiko tidak dibenarkan masuk ke pasar tani.

“Pengunjung berisiko tinggi seperti kanak kanak dibawah 12 tahun serta warga emas berumur 70 tahun dan keatas adalah tidak dibenarkan sama sekali,” ujar Hamdan.

Terdahulu, aktiviti pasar tani diantara aktiviti yang tidak dibenarkan untuk beroperasi semenjak diumumkan pelaksanaan PKPD di Pahang pada bulan Mei lalu.

Selain di hadapan UTC Pahang, Pasar Tani di Sungai Karang dijangka akan beroperasi pada setiap Sabtu bermula 14 Ogos depan. – MalaysiaGazette