MADRID – Leonel Messi sebak dan menangis sebelum meluahkan kata-kata selamat tinggal kepada Barcelona di Nou Camp semalam.
Suasana sayu menyelubungi majlis perpisahan yang dihadiri pengurus Barcelona dan rakan-rakan sepasukan dan ahli keluarganya.
Namun di sebalik air mata itu, Messi menyampaikan mesej penting kepada jutaan penyokong the Catalans.
“Saya mahu menang lebih banyak piala dan gelaran dan berkemungkinan cabaranĀ terkuat anda, Paris Saint Germain (PSG),” katanya.
Ditanya mengenai beliau akan menyertai PSG, Messi berkata;
“Tawaran itu belum muktamad tetapi PSG destinasi berpotensi tinggi dan perbincangan masih berjalan”.
Messi telah menang 35 piala bersama Barcelona dan mahu menang lebih banyak Liga Juara-Juara Eropah mengejar koleksi Dani Alves.
Prospek Messi yang bakal berhijrah ke Paris akan menghantui Presiden Barcelona, Joan Laporta yang duduk di barisan hadapan pentas semasaMessi menyampaikan ucapan terakhirnya.
“Sudah pasti saya agak berat hati meninggalkan kelab ini tetapi akan terus bermain bola sepak dan sudah pasti kesedihan ini akan hilang kelak,” katanya.
Penampilan terakhir yang beremosi di hadapan bekas rakan sepasukannya Xavi Hernandez dan Carles Puyol, serta jurulatih semasa Ronald Koeman telah menyebabkan banyak persoalannya menjadi teka teki yang tidak terjawab.
Masih belum jelas kenapa dengan jendela perpindahan berbaki tiga minggu lagi, bapa Messi selaku ejennya terbang ke Barcelona pada Rabu lalu bersetuju kontrak baharu, kelab secara tiba-tiba mengumumkan Messi tidak akan kekal di Nou Camp.
“Sementara presiden kelab (Laporta) berkata segalanya sudah selesai (kontrak) tetapi disebabkan La Liga perjanjian gagal termeterai,” kata Messi.
Namun Messi tidak menghantar pesanan kepada Presiden La Liga, Javier Tebas yang didakwa menjadi punca Barcelona berputus asa untuk mengekalkan bintang Argentina itu.
Messi bagaimanapun menjelaskan: “Saya secara terbuka setuju segala syarat untuk Barcelona apatah menerima 50 peratus potongan gaji dan memuktamadkan kontrak malah kelab tidak meminta saya mengambil potongan tambahan 30 peratus dalam gaji, itu satu penipuan.”
Perjalanan selama 16 tahun oleh Messi bersama Barcelona dianggap paling terbaik dalam sejarah kelab itu.
Dia hanya mampu sebak dengan menutup mukanya dan kesal tidak dapat menambah satu lagi kejuaraan Liga Juara Eropah bersama Barcelona sambil mengenangkan kekalahan dalam aksi separuh akhir kepada Liverpool dan separuh akhir bersama Pep Guardiola berdepan Chelsea. – DailyMail.com