PUTRAJAYA – Atlet Malaysia, Muhaizar Mohamad mencipta sejarah apabila menamatkan acara maraton lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di tempat ketiga di sini pagi tadi.
Anak kelahiran Gurun, Kedah itu berjaya menjadi atlet pertama Malaysia memenangi pingat acara itu pada temasya Sukan SEA dalam tempoh 44 tahun.
Muhaizar, 32, merupakan komando tentera daripada kem Sungai Udang, Melaka itu.
Kali terakhir Malaysia memenangi pingat dalam acara maraton pada Sukan SEA adalah di Singapura pada 1973 menerusi M Solaimuthu dengan catatan masa 2:42:03s.
Pingat emas acara ini dimenangi oleh juara bertahan dari Singapura, Soh Rui Yong, dengan catatan masa 2 jam 29 minit 27 saat manakala gangsa, pelari Indonesia, Agus Prayogo (2 jam 31 minit 20 saat).
Seorang lagi wakil negara bagi acara ini, Tan Huong Leong menduduki tempat keempat dengan catatan masa 2 jam 32 minit 11 saat. – MalaysiaGazette