Home Nasional Md Yusup tokoh Maal Hijrah Pulau Pinang

Md Yusup tokoh Maal Hijrah Pulau Pinang

{"source":"other","uid":"03CDD8EE-3372-459F-A9D2-D81EE9C590A9_1628558021995","origin":"unknown","fte_sources":[],"subsource":"done_button","used_sources":"{"version":1,"sources":[]}","source_sid":"03CDD8EE-3372-459F-A9D2-D81EE9C590A9_1628558088965","premium_sources":[],"is_remix":false}

GEORGE TOWN – Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Datuk Seri Dr. Md Yusup Che Teh dipilih sebagai penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 1443H Peringkat Negeri Pulau Pinang.

Manakala, Hakim Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri, Abdul Halim Abdul Hamid yang juga bekas Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irsyad, dipilih sebagai penerima Anugerah Khas Ulama.

Penganugerahan itu menyaksikan Md Yusup menerima sebuah trofi, sijil penghargaan dan wang tunai RM10,000 manakala Abdul Halim pula, menerima wang tunai RM5,000, trofi serta sijil penghargaan.

Md Yusup.

Acara telesidang yang berlangsung malam tadi itu disertai Yang Dipertua Negeri, Tun Dr. Ahmad Fuzi Abdul Razak dan dan isteri, Toh Puan Khadijah Mohd Noor, Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Razak Jaafar dan Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd Noor.

Majlis itu disiarkan secara langsung menerusi Facebook dan Youtube Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang. – MalaysiaGazette