KUALA LUMPUR – Posting portal Astro Awani mengenai dua perlawanan ekuestrian polo Sukan Sea ke-29 Kuala Lumpur (KL2017) mendapat perhatian warga netizen apabila menyedari Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin berentap dengan Putera Abdul Mateen Bolkiah.
Pasukan Malaysia dan Brunei akan bertembung dalam perlawanan yang dijadualkan berlangsung 22 Ogos di Taman Ekuestrian, Putrajaya.
Posting itu mendapat ramai respon daripada netizen.
Sarah Nasir dalam komennya menulis “Dua-dua handsome. KJ handsome hitam manis ting ting. Mateen handsome jambu. Semua aku nak kalau bagi depan mata”
Putera Mateen yang merupakan anakanda sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berusia 26 tahun mendapat perhatian ramai setelah wajahnya menghiasi muka hadap majalah GQ.
Manakala Khairy berusia 41 tahun menjadi pilihan kerana penampilan segaknya sehingga mendapat jolokan ‘tall, dark & handsome’.- MalaysiaGazette