Home Nasional Sembilan kawasan di Sabah dikenakan PKPD sehingga 25 Ogos ini

Sembilan kawasan di Sabah dikenakan PKPD sehingga 25 Ogos ini

Kawasan-kawasan lokaliti di Sabah dan Pahang yang dilaksanakan PKPD bermula 12 hingga 25 Ogos ini.

PUTRAJAYA – Kerajaan hari ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) beberapa lokaliti di dua negeri iaitu Sabah dan Pahang.

Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, PKPD itu akan berkuatkuasa di sembilan kawasan di Sabah dan satu kawasan di Pahang bermula 12 Ogos ini.

“Setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di sembilan kawasan iaitu Kota Kinabalu, Kota Belud, Papar, Putatan, Penampang, Ranau, Sipitang, Tawau dan Tenom di Sabah.

“Manakala di Pahang kawasan terlibat PKPD adalah Felda Jengka 25, Temerloh,” katanya dalam kenyataan perkembangan harian Pelan Pemulihan Negara dan PKPD di kementeriannya hari ini.

Tambah beliau PKPD itu akan berkuatkuasa selama 14 hari sehingga 25 Ogos 2021 dan SOP yang akan digunakan adalah sama seperti yang diumumkan dan digunapakai sebelum ini.

perlanjutan PKPD di beberapa lokaliti di Sabah, Pahang dan Kelantan sehingga 25 Ogos ini.

Dalam pada itu pihaknya turut mengumumkan perlanjutan PKPD di enam lokaliti di Kota Kinabalu Sabah bermula 12 Ogos hingga 25 Ogos ini.

PKPD tempoh yang sama dilanjut kan di Felda Jengka 7, Maran Pahang dan Ladang Kerilla, Tanah Merah Kelantan.

“Mengikut perancangan asal, PKPKD sepatutnya ditamatkan pada Rabu ini di kesemua kawasan tersebut.

“Setelah melihat hasil penilaian risiko KKM maka Majlis Keselamatan Negara bersetuju melanjutkan PKPD di kesemua kawasan tersebut,” katanya.- MalaysiaGazette