Home Nasional 60 premis ingkar SOP diarah tutup serta merta – Hishammuddin

60 premis ingkar SOP diarah tutup serta merta – Hishammuddin

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

PUTRAJAYA – Sebanyak 60 premis diarah tutup operasi serta merta kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Tindakan tersebut dilaksanakan oleh pasukan Task Force operasi pematuhan SOP Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam.

Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pasukan petugas khas dengan kekuatan 18,432 anggota itu telah melaksanakan 78,506 pemeriksaan dan snap check Covid-19 dan pematuhan SOP di seluruh negara.

“Hasilnya bagi sektor perkilangan dan premis perniagaan, sebanyak 1,971 kilang, 16,151 premis perniagaan dan 1,020 dan akhirnya 312 asrama penempatan pekerja telah diperiksa.

“Ekoran kegagalan SOP, sebanyak 60 premis diarah tutup operasinya,” katanya menerusi kenyataan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara dan PKPD harian yang dikeluarkan di Wisma Putra hari ini.

Menurut Hishammuddin, seramai 180 individu yang dikesan melakukan kesalahan mengingkar SOP telah dikenakan tindakan kompaun oleh polis.

“Manakala seramai 21 orang telah ditahan reman untuk tindakan lanjut oleh polis kerana pengingkaran SOP,” katanya. – MalaysiaGazette