Home Politik Kes MB Kedah, jangan jadikan polis senjata politik – Guan Eng

Kes MB Kedah, jangan jadikan polis senjata politik – Guan Eng

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ketika ditemui di luar pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Pulau Pinang hari ini.

GEORGE TOWN – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membidas tindakan polis yang didakwanya menahan individu yang dikatakan menghina serta mengejek Menteri Besar (MB) Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

Katanya, tindakan penahanan beberapa individu tidak berasas memandangkan beliau sendiri pernah menerima keceman lebih teruk daripda itu ketika menjawat jawatan Menteri Kewangan serta Ketua Menteri Pulau Pinang dahulu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan menegaskan, tindakan penahanan empat individu berhubung kes berkenaan didakwanya ada kaitan dengan salah guna kuasa oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Banyak kecaman dibuat ke atas saya dulu tapi tiada tindakan diambil tapi mengapa perkara sama berlaku terhadap MB Kedah terus tindakan penahanan dilakukan terhadap empat individu.

“Sekiranya berlaku kecaman tidak berasas ambil tindakan saman malu di mahkamah buat apa nak tahan mereka, lainlah kalau ugutan bunuh atau mahu mendatangkan kecederaan boleh Ketua Polis Negara ambil tindakan.

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan penahanan yang dilakukan dalam isu MB Kedah memandangkan dia sendiri sudah minta maaf menunjukkan dirinya salah jadi mengapa mahu ambil tindakan ke atas orang lain,” katanya ketika ditemui di luar pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut hari ini.

Tambah Guan Eng, polis perlu menjalankan tugas yang ditetapkan dalam Perlembagaan bukan senjata politik.

“Saya harap jangan peralatkan polis untuk menjadi senjata politik kerajaan PN,” ujarnya.

Untuk rekod setakat semalam, polis sudah menahan empat individu bagi membantu siasatan mengeluarkan komen jelek termasuk menghina Muhammad Sanusi menerusi media sosial.

Penahanan empat lelaki itu dibuat di Negeri Sembilan, Taiping, Perak serta dua lagi di Alor Setar, Kedah. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Polis tahan dua lelaki didakwa hina MB Kedah

1 Komen

  1. Ada peruntukan undang² terhadap sesiapa yg suka menghina org. Polis menjalankan tugas berdasarkan undang² yg ada.
    Lu DAP masa jadi menteli dan kerajaan tk hormat polis. OCPD pun lu org ugut² lagi. Mmg celaka punya DAP bila dpt jadi kerajaan suka² ja hina penjawat awam.

Comments are closed.