OTTAWA – Bintang tenis, Rafael Nadal menarik diri daripada menyertai Kejohanan Tenis Terbuka Kanada kali ini akibat kecederaan pada kakinya.
Pemain berusia 35 tahun itu juga sebelum ini tidak beraksi Terbuka Wimbledon dan Sukan Olimpik Tokyo akibat masalah yang sama.
Dia juga berkemungkinan tidak akan berentap dalam Tenis Terbuka Amerika Syarikat yang akan bermula dalam tempoh tiga minggu lagi.
Nadal bagaimanapun telah beraksi dalam aksi di Washington pada 5 dan 6 Ogos lalu tetapi kini dia akan pulang ke Mallorca untuk menjalani sesi rawatan pemulihan.
“Saya menghadapi masalah ini sejak beberapa bulan lalu dan ia bukan satu situasi yang menggembirakan tetapi apa yang penting adalah terus berhibur dengan bermain tenis malangnya kesakitan pada kaki saya menyekat saya daripada meneruskan permainan,” katanya.
Di Washington, Nadal mengalami kecederaan kaki semasa aksi menang pusingan kedua menentang Jack Sock namun ada sedikit perkembangan selepas tewas dalam pusingan ketiga.
Nadal juga akan terlepas kejohanan Cincinnati Masters dan Terbuka AS bermula 30 Ogos ini.
Dia akan digantikan oleh Feliciano Lopez dalam aksi Terbuka Kanada.-BBC Sports