Home Ekonomi Perkukuh perkasa GLIC, manfaatkan peluang baharu

Perkukuh perkasa GLIC, manfaatkan peluang baharu

unemployment rate MCO 3.0 MCO 1.0 Finance Minister Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz PIX: MalaysiaGazette
Tengku Zafrul Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Inisiatif Inisiatif Perkukuh Pelaburan Rakyat (Perkukuh) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini bagi memastikan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dapat bersaing dengan landskap pelaburan yang terus berubah, tetapi juga untuk memastikan supaya mendokong konsep Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG) dalam keputusan pelaburan aset negara.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, jika GLIC tidak mengikuti perkembangan sebegini, ia akan menimbulkan risiko kepada kemampuan Malaysia di masa hadapan, misalnya di dalam memanfaatkan teknologi baharu atau meningkatkan teknologi yang ada untuk mencapai sasaran manfaat sosio-ekonomi selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Konsep Perkukuh dizahirkan untuk mencapai lima hasil utama iaitu, memperjelas mandat setiap GLIC; peningkatan fokus kepada pelaburan pembangunan untuk memacu pertumbuhan baharu; menyemarakkan sektor swasta; menyiapsiaga GLIC bagi masa hadapan melalui peningkatan tadbir urus dan keupayaan; serta mengukuhkan perlindungan sosial dan ketahanan fiskal GLIC.

Menurutnya, sebagai pemain dan pelabur utama di dalam ekonomi, GLIC merupakan penyumbang penting kepada asas ekonomi Malaysia.

Oleh itu, peningkatan tadbir urus dan proses-proses yang berkaitan juga akan memperkuatkan daya ketahanan GLIC lebih-lebih lagi dalam suasana yang mencabar, dan dengan itu akan menyokong kestabilan ekonomi Malaysia.

Perkukuh akan mewujudkan ekosistem yang memberi manfaat kepada semua pihak berkepentingan di dalam ekonomi:

1. Bagi GLIC, pembinaan portfolio pelaburan (strategik dan komersial) dengan pulangan lebih tinggi yang mengambil kira faktor risiko, dan tadbir urus yang
lebih rapi akan menjamin ketahanan dan prospek pertumbuhan yang lebih baik.

Pendekatan ini secara beransur-ansur akan meraih pulangan pelaburan yang lebih baik bagi pendeposit, pemegang saham dan para pesara.

2. Komuniti pelabur pula akan mendapat manfaat dari pembangunan bidangbidang pertumbuhan baharu, di mana lebih banyak peluang untuk mereka
terlibat secara langsung melalui penyemarakkan pelaburan swasta, lebih-lebih lagi di dalam sektor-sektor baharu dan yang telah dibangunkan.

3. Manfaat kepada ekonomi adalah melalui pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan dan tambah nilai yang tinggi, justeru memperkukuhkan prospek
pertumbuhan dan ketahanan fiskal negara bagi jangka masa panjang.

4. Yang paling penting, rakyat akan mendapat manfaat daripada prospek peningkatan pendapatan, pulangan yang stabil bagi simpanan/deposit/pencen,
serta program perlindungan sosial yang lebih berkesan dan holistik

Tengku Zafrul berkata, peranan GLIC dalam mendorong digitalisasi dan teknologi melalui pelaburan mereka juga akan menyokong kepentingan Malaysia untuk meningkatkan prospek dan ketahanan ekonomi jangka masa panjang.

Ini akan dilakukan seiring dengan komitmen kerajaan bagi penyusunan semula struktur di dalam jangka masa sederhana untuk menarik pelaburan berkualiti tinggi, serta menghasilkan pekerjaan berkemahiran dan berpendapatan tinggi.

Katanya, sejak bermulanya pandemik ini, kerajaan telah memperkenalkan Strategi Pemulihan Ekonomi 6R (Resolve, Resilience, Restart, Recovery, Revitalise, dan Reform) untuk melonjakkan semula ekonomi negara.

Perkukuh adalah inisiatif jangka sederhana selama tiga tahun dan adalah sebahagian daripada peringkat terakhir Strategi 6R iaitu Reform atau Menyusun Semula. Petunjuk Prestasi Utama akan ditentukan dengan jelas dan dipantau dengan teliti oleh MOF untuk memastikan supaya program-program di bawah inisiatif ini terus berada di landasan yang betul.

Majlis pelancaran Perkukuh secara maya telah dihadiri oleh barisan pengerusi, ahli-ahli lembaga pengarah dan pihak pengurusan kanan Khazanah Nasional Berhad, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Permodalan Nasional Berhad, Lembaga Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera.

Wakil-wakil pengurusan kanan MOF, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia turut hadir.

Secara keseluruhan, keutamaan semasa kerajaan adalah melindungi nyawa dari ancaman COVID-19 dan memastikan prospek pertumbuhan ekonomi negara tetap kukuh dalam jangka sederhana dan panjang; berpandukan Pelan Pemulihan Nasional, prinsip-prinsip pengurusan kewangan yang berhemah dan pembaharuan yang dirancang melalui Perkukuh dan Rancangan Malaysia Ke-12.

Tambah beliau, kerajaan akan terus bertindak balas secara strategik dan proaktif di tengah-tengah persekitaran Covid-19 yang mencabar ini, di samping berusaha untuk meminimumkan sebarang parut kekal pada ekonomi akibat krisis pandemik ini. – MalaysiaGazette