Home Nasional Sekretariat Solidariti Rakyat tetap mahu teruskan Himpunan Lawan

Sekretariat Solidariti Rakyat tetap mahu teruskan Himpunan Lawan

Jurucakap Sekretariat Muda, Mohamad Asraf Sharafi bercakap pada sidang media selepas memberi keterangan siasatan di bawah Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia berikutan himpunan 21 Ogos yang akan datang di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur. Foto HAFIZ SOHAIMI, 13 OGOS 2021.

KUALA LUMPUR – Tujuh aktivis anak muda Sekretariat Solidariti Rakyat bertegas mahu meneruskan Himpunan Lawan pada 21 Ogos ini seperti yang dirancang.

Jurucakapnya, Mohammad Asraf Sharafi berkata, agenda mereka akan diteruskan seperti yang ditetapkan untuk turun beramai-ramai.

Katanya, pagi hari ini mereka dipanggil oleh polis untuk disoal siasat di bawah Akta Hasutan 1948 berkenaan rancangan Himpunan Lawan 21 Ogos 2021

“Kami dapat notis 111 daripada polis jam 10 malam tadi, diminta datang ke IPD Dang Wangi jam 10 pagi hari ini untuk disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 dan juga Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kami dirakam keterangan selama lebih sejam bermula 10.30 pagi tadi dan kami telah memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.

“Kami ingin menegaskan bahawa penggunaan Akta Hasutan ke atas kami adalah sangat berlebihan dan satu intimidasi kepada anak muda yang hanya menyuarakan pandangan dan menggunakan hak kami sebagai rakyat Malaysia di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang berhak berhimpun dan bersuara,” katanya ketika ditemui pemberita di hadapan IPD berkenaan.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Perancang himpunan 21 Ogos ini diberi amaran keras 

Selain Mohammad Asraf, enam lagi individu yang tampil memberi keterangan dengan ditemani lima peguambela adalah Mohammad Alshatri Abdullah, Nur Qyira Izzati Yusri, Tharmelinggem Pillai, Dobby Chew, Sevan Doraisamy dan Amir Hariri Abdul Had.

Mohammad Asraf juga menambah, mereka boleh menerima siasatan jika disiasat di bawah akta lain yang munasabah tetapi penggunaan Akta Hasutan ke atas mereka dianggap perbuatan melampau dan tidak boleh diterima kerana didakwa menyekat hak bersuara.

“Ini menunjukkan ada pihak yang tidak senang hati dan tidak senang duduk dengan pergerakan yang kita buat dan tuntutan yang kita telah nyatakan sebelum ini.

“Kami nak nyatakan pihak solidariti rakyat tidak sesekali akan berundur akan terus menuntut hingga PM Muhyiddin Yassin meletakkan jawatannya dan itulah janji kami.

“Kami dipanggil kerana sebelum ini dalam media sosial kami sudah nyatakan bahawa kita beri masa kepada PM untuk meletakkan jawatan sebelum 21 Ogos ini dan sekiranya tidak, kita akan turun ke jalan sekali lagi.. sekarang kita masih tunggu PM letak jawatan.

“Malah setakat ini tidak ada apa-apa makluman daripada polis kita perlu hadir semula untuk sambung keterangan dalam perkara ini…jika ada pun mereka akan hubungi kami,” katanya.

Dalam pada itu Mohammad Asraf bertegas pihaknya akan meneruskan himpunan itu dan tidak sesekali akan berundur jika PM tidak meletakkan jawatannya dalam masa berbaki tujuh hari lagi.

“Ya kita akan teruskan himpunan seperti yang ditetapkan, kita tidak akan berundur sesekali kalau dia tak letak jawatannya.. dia (PM) ada masa lagi tujuh hari,” tegasnya.

MalaysiaGazette sebelum ini melaporkan pada 7 Ogos lalu bahawa Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani memberi amaran kepada pihak yang merancang untuk berhimpun pada 21 Ogos ini. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Tujuh aktivis anak muda Sekretariat Solidariti Rakyat bertegas mahu meneruskan Himpunan Lawan pada 21 Ogos ini seperti yang dirancang…..LAWAN COVID setuju…..JANGAN KAMU SEMUA NANTI DITELAN COVID….tidak dapat melawan…TETAPI TANPA RASA KEMALUAN minta tolong FRONTLINERS PENJAWAT AWAM DAN HOSPITAL KEMUDAHAN AWAM KERAJAAN…..jadi jangan seperti HERO TAMIL

    jika PM tidak meletakkan jawatannya dalam masa berbaki tujuh hari lagi….HEBAT…YDPA pun tidak arahkan PM .

    ADA JAMINAN PENGGANTI PM BOLEH SELESAIKAN COVID MACAM PETIK JARI DAN SEBELAH MATA….
    .COVID LANDA SELURUH DUNIA MENGGAMIT….US/JEPUN/INDIA/CINA/antara tertinggi tapi PM dan rakyat mereka masih bekerjasama tanpa demo letak jawatan

  2. Kencing pun tak lurus lagi ada hati nak demand macam2.
    Duit belanja pun mak bapak bagi ada hati nak lawan kerajaan..
    Cer pikir salah salah kes covid tak turun2..salah korang la yg cakap je lebih..ikut lagi pengkhianat DAPig, semburit n PANtat..

  3. betul sha komen …..tapi mereka sanggup makan dan terima semua bantuan kerajaan yang kononnya gagal

    Jika mengambil kes AS sebagai perbandingan, malah jika kita melihat di mana-mana negara di seluruh dunia, tidak ada kerajaan yang sempurna dalam peperangan dengan Covid-19.

Comments are closed.