Home Nasional Lebih 10 juta individu sudah lengkap vaksin setakat semalam

Lebih 10 juta individu sudah lengkap vaksin setakat semalam

Seorang warga emas menerima suntikan vaksin selepas hadir secara “walk in” di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sunway Pyramid, Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 17 JULAI 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 31.9 peratus atau 10,425,300 populasi negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

Menerusi perkongsian infografik di Twitter rasminya, beliau memaklumkan seramai 16,868,615 orang atau 51.7% telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam sebanyak 27,293,915 dos.

Mengikut peratusan, 72.1% daripada populasi dewasa negara telah mendapat dos pertama manakala 44.5% telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan 442,150 dos diberikan semalam dengan 161,049 adalah dos pertama manakala 281,101 adalah dos kedua. – MalaysiaGazette

+ posts