Home Politik Semua ahli Pas diminta solat hajat malam ini

Semua ahli Pas diminta solat hajat malam ini

Tuan Ibrahim Tuan Man

KUALA LUMPUR – Esok hari yang sangat penting dalam menentukan masa depan negara.

Oleh itu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru semua ahli parti itu mendirikan solat hajat dan munajat malam ini agar Kerajaan Perikatan Nasional terus kekal mentadbir negara.

”Kita perlukan masa bagi selesai kemelut yang berlaku, keadaan covid dan tekanan ekonomi rakyat dan negara pada masa ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.