Home Dunia Presiden Afghanistan lari

Presiden Afghanistan lari

Ashraf-Ghani-640x446
Ashraf Ghani. foto Reuters

KABUL – Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani melarikan diri ke negara jiran selepas, Kabul berjaya dibolosi tentera Taliban.

Katanya, tindakan itu dibuat bagi mengelak pertumpahan darah.

Setakat ini, beliau tidak memaklumkan destinasi sebenar untuk meneruskan tugas sebagai presiden dalam buangan.

Namun menurut sumber pegawai kanan dalam negeri, Ashraf kini berlindung di Tajikistan selepas tiba semalam.

Bagaimanapun dalam laporannya, Al Jazeera mengesahkan beliau bersama keluarga serta pegawai kanannya berada di Tashkent, Uzbekistan.

Taliban berjaya memasuki Kabul dengan mudah dan mengisytiharkan kemenangan selepas 10 hari diberi tentangan oleh tentera kerajaan.

Ia kembali menguasai semula negara itu selepas 20 tahun dihalau oleh tentera gabungan Amerika Syarikat dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). – Agensi

d81cd2e044ebe85cec7af5c348a24d31?s=150&d=mp&r=g
+ posts