Home Ekonomi Pelabur asing beli RM14.07j ekuiti tempatan minggu lalu

Pelabur asing beli RM14.07j ekuiti tempatan minggu lalu

Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini berikutan pasaran menerima berita mengenai prospek penurunan Petronas, selain aktiviti pengambilan untung menjelang hujung minggu.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Selepas tujuh bulan menjadi penjual, pelabur asing kembali sebagai pembeli pada minggu berakhir 13 Ogos lalu dengan aliran masuk sebanyak RM14.07 juta.

Ketika pasaran dibuka semula pada hari Isnin lalu, pelabur asing adalah penjual bersih berjumlah RM21.96 juta.

Sementara itu, pelabur institusi tempatan menjual RM43.91 juta bersih ekuiti tempatan dan pelabur runcit pula melakukan pembelian bernilai RM65.87 juta.

MIDF Research berkata, pelabur asing adalah penjual bersih dua hari dalam seminggu.

Aliran keluar asing terbesar dicatatkan pada hari Khamis dengan aliran keluar terkecil pada hari Isnin masing-masing hingga RM25.90 juta dan RM21.96 juta.

Hari Rabu dan Jumaat pula menyaksikan pelabur asing sebagai pembeli bersih dengan belian RM30.58 juta dan RM31.35 juta.

Firma penyelidikan itu berkata, pelabur runcit merupakan pembeli bersih selama setengah minggu dengan bembelian bersih terbesar pada hari Isnin sebanyak RM65.87 juta dan pembelian bersih terkecil adalah pada hari Isnin RM30.96 juta.

Secara kumulatif pada minggu lalu, pelabur runcit membeli sebanyak RM78.96 juta ekuiti tempatan di bursa.

Sementara pelabur tempatan merekodkan kumulatif jualan bersih mingguan sebanyak RM93.04 juta.

Pelabur institusi pula merupakan pembeli bersih pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat dengan jumlah jualan bersih pada hari Jumaat sebanyak RM62.31 juta.

Sejak awal tahun ini, secara kumulatif, pelabur runcit merupakan satu-satunya pembeli bersih dalam pasaran ekuiti sebanyak RM9.38 bilion.

Manakala pelabur institusi dan pelabur asing pula merupakan penjual masing-masing sebanyak RM3.40 bilion dan RM5.98 bilion.

Dalam segi penyertaan pelabur runcit, pelabur institusi dan pelabur asing menyaksikan penurunan pergerakan mingguan masing-masing kepada 1.64%, 0.19% dan15.87% dalam nilai purata dagangan harian (ADTV). – MalaysiaGazette