Home Politik Zahid ‘berdamai’ dengan Ismail Sabri?

Zahid ‘berdamai’ dengan Ismail Sabri?

The President of UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, his Deputy Datuk Seri Mohamad Hasan and the Vice-President of UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Prime Minister Muhyiddin Yassin
The President of UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, his Deputy Datuk Seri Mohamad Hasan and the Vice-President of UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Gambar tular kelihatan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan dan naib presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob duduk bersama-sama.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen UMNO termasuk bekas menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN) sudah berdamai?

Itu persoalan ramai selepas tular gambar dalam hantaran Facebook salah seorang Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Armand Azha hari ini.

Beliau juga menulis; Syukur Alhamdulilah #SayaPilihPendamaian.

Bagaimanapun Armand tidak menyatakan apa sebenar yang berlaku dalam hantaran yang sama.

Dalam gambar itu kelihatan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan dan naib presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob duduk bersama-sama.

Pertemuan itu dipercayai di Ibupejabat UMNO di sini memandangkan terdapat gambar Piagam Muafakat Nasional.

Ahmad Zahid juga dilihat berpakaian sut lengkap bersongkok dipercayai sebelum menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.

Sebelum itu, hubungan Ahmad Zahid dan Ismail Sabri dilihat berbeza apabila Presiden UMNO dan beberapa pimpinan parti menarik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri manakala Ismail Sabri mewakili beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyokong Muhyiddin.

Persoalannya, dalam senario sekarang, adakah sokongan kesemua ahli Parlimen UMNO dan BN bersepakat dalam menentukan siapa calon Perdana Menteri dalam kalangan mereka bagi menggantikan Muhyiddin?- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. TUNGGU SAJA SUMPAH KERAMAT UMNO….NO ANWAR NO DAP terlaksana .. sebaliknya UMNO akan diMAKAN SUMPAHNYA

    UMNO buat dan saja lupa sengsara rakyat dibawah P UNAH HARA PAN selama 22bulan…..tapi pada yang sama kerana DENDAM KESUMAT BUSUK HATI pada TSMY dan sekutunya…SANGGUP MEMBUNUH kerajaan yang berusaha dan menyumbang pelbagai pakej pada rakyat yang terkesan

    PAS pernah dimusuhi DAN DIKHIANATI UMNO beberapa generasi seperti peristiwa MEMALI ROYALTI MINYAK DAN BANTUAN DISEKAT MENOLAK HUDUD DILAKSANA dengan pelbagai episod dan alasan…TETAPI demi maruah silaturahim dan berpegang PADA TALI ALLAH….PAS menghulurkan SALAM KEMAAFAN DAN PENDAMAIAN dibawah MUAFAKAT dan PIAGAM NASIONAL
    tetapi akhirnya UMNO meleraikan segala keinsafan dan keindahan Muafakat demi mengejar kuasa entah ke mana

Comments are closed.