PETALING JAYA – Malaysia merangkul emas dan perak dalam acara boling beregu lelaki SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) apabila dua gandingan beraksi cemerlang pada Sukan di Sunway Mega Lanes hari ini.
Pemain boling negara, Alex Liew dan Muhamad Syafiq Abdul Malek melakukan balingan cemerlang pada permainan terakhir untuk mencatatkan 2,647 jatuhan pin mengatasi gandingan Adrian Hsien Loong dan Muhammad Rafiq Ismail yang meraih perak dengan kelebihan 17 pin.
Sebelum permainan terakhir, gandingan emas itu mengekori Adrian-Muhammad Rafiq dengan satu pin pada permainan kelima apabila lawan mereka melakarkan catatan 2,210 jatuhan pin.
Persaingan sengit selama tiga jam itu menyaksikan gandingan Indonesia, Billy Muhammad Islam dan Hardy Rachmadian memenangi gangsa dengan catatan 2,615 jatuhan pin.
Semalam, Malaysia menebus kekecewaan pemain boling wanita apabila merangkul pingat emas dan perak dalam acara individu lelaki menerusi Muhammad Rafiq dan Adrian Ang Hsien Loong. – MalaysiaGazette