KUALA LUMPUR – Presiden Parti Gerakan perlu faham isu dahulu sebelum berniat mahu jadi hero.
Itu nasihat Datuk Seri Najib Razak kepada Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai.
Dalam hantaran media sosialnya malam ini, Najib berkata, tindakan mahu menyaman Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Wan Saiful Wan Jan ada sebabnya.
Wan Saiful yang juga Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebelum ini merujuk ucapan Muhyiddin semasa mengumumkan peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri menyebut namanya.
“Jadi, saya mahu mereka keluarkan bukti dalam mahkamah.
Barulah adil kerana kita tak patut halalkan fitnah,” katanya merujuk kenyataan Dominic yang mengatakan partinya akan menyediakan peguam mewakili Muhyiddin dan Wan Saiful hari ini.
Peguam itu akan berhadapan dengan saman fitnah yang akan dibuat Najib, katanya.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: