KABUL – Taliban mahu hubungan damai dengan negara-negara lain dan akan menghormati hak-hak wanita mengikuti kerangka undang-undang Islam.
Kenyataan itu dibuat Talibat ketika mereka mengadakan taklimat pertama selepas berjaya menguasai Kabul, lapor Reuters.
Pengumuman Taliban itu yang tidak terlalu terperinci tetapi lebih lembut berbanding pemerintahannya 20 tahun lalu.
Ketika kumpulan itu sedang menyatukan kuasa, Taliban memaklumkan seorang pemimpin dan pengasasnya, Mullah Abdul Ghani Baradar, telah kembali semula ke Afghanistan untuk pertama kalinya selepas lebih 10 tahun meninggalkan negara itu.
Baradar ditangkap pada tahun 2010, tetapi dibebaskan pada tahun 2018 atas permintaan pentadbiran bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump agar dia dapat terlibat dalam rundingan damai.
“Kami tidak menginginkan musuh dalaman atau luaran,” kata jurucakap utama gerakan itu, Zabihullah Mujahid.
Wanita akan dibenarkan bekerja dan belajar dan “boleh bergiat aktif dalam masyarakat tetapi perlu mematuhi peraturan dalam kerangka Islam,” tambahnya.
Dalam pada itu, Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson bersetuju untuk mengadakan pertemuan secara maya dengan pemimpin Kumpulan Tujuh minggu depan bagi membincangkan strategi dan pendekatan bersama terhadap Afghanistan. – Reuters