WASHINGTON – Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) sedang menyiasat penemuan mayat manusia yang ditemui gear pendaratan salah satu tayar pesawat C-17 yang terbang keluar dari Kabul ketika berlaku kekacauan selepas Taliban menguasai Afghanistan.
Gambar yang tular di media sosial awal minggu ini menunjukkan warga Afghanistan terdesak untuk meninggalkan Kabul dan bergegas menuju pesawat C-17 sambil berpaut di sisinya.
Video berasingan pula menunjukkan dua orang jatuh dari pesawat tentera ketika pesawat berkenaan terbang keluar dari Kabul.
Dalam satu kenyataan, tentera udara AS berkata, orang awam telah bertindak mengerumun sebuah pesawat C-17 yang mendarat di lapangan terbang Kabul pada hari Isnin.
“Berdepan dengan situasi keselamatan yang semakin merosot sekitar pesawat, kru C1-7 memutuskan untuk meninggalkan medan udara secepat mungkin,” katanya.
Ia menambah, Pejabat Penyiasatan Khas Angkatan Udara sedang menyiasat maklumat mengenai pesawat dan “kehilangan nyawa orang awam – dengan memasukkan dokumentasi video dan sumber catatan media sosial”.
Video yang menunjukkan seorang individu yang jatuh dari pesawat, dirakam oleh media berita Afghanistan telah tersebar di seluruh dunia.
“Kita melibatkan kos manusia dalam perkembangan ini. Gambar-gambar di lapangan terbang sungguh memilukan,” kata Jake Sullivan, penasihat keselamatan nasional. – Reuters