KUALA LUMPUR – Mesyuarat Raja-Raja Melayu akan diadakan di Istana Negara pada Jumaat ini.
Mesyuarat itu dijangka berlangsung pada jam 2.30 petang, menurut laporan The Star.
Yang di-Pertuan Agong dijangka mengumumkan keputusan baginda berhubung keputusan 220 ahli Parlimen yang memilih perdana menteri.
Semua Ahli Dewan Rakyat telah diminta mengemukakan akuan bersumpah kepada Yang di-Pertuan Agong selewat-lewatnya 4 petang ini.
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah, yang merupakan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, hadir ketika Raja bertemu pemimpin pelbagai parti politik semalam.
Hadir sama Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun.
Sumber-sumber istana memberitahu, Yang di-Pertuan Agong telah mengambil langkah yang tepat untuk meminta anggota Parlimen untuk menyerahkan pilihan perdana menteri mereka secara terus.
“Ia berdasarkan beberapa kes lalu, yang mana ahli Parlimen diketahui memiliki lebih dari satu SD dalam pernyataan sokongan mereka.
”Namun masyarakat tidak lagi mempercayai dokumen-dokumen ini. Jadi, istana ingin menyelesaikannya dengan cara betul,” kata sumber. – MalaysiaGazette