Home Utama Covid-19: Hanya empat kes kematian libatkan individu lengkap divaksin

Covid-19: Hanya empat kes kematian libatkan individu lengkap divaksin

Petugas Kesihatan mengendalikan pengebumian 10 jenazah pesakit Covid-19 di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 27 JULAI 2021.

KUALA LUMPUR – Audit data terbaharu terhadap jumlah kematian akibat COVID-19 di negara ini menunjukkan hanya empat kematian atau 0.03 peratus membabitkan individu yang telah menerima vaksinasi lengkap, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi ciapan Twitter hari ini, katanya, keseluruhan 12,993 kematian direkodkan sejak penularan pandemik dilaporkan dalam negara dengan 80 kematian atau 0.6 peratus hanya menerima satu dos suntikan vaksin.

Dalam tempoh lebih 24 jam sehingga tengah hari semalam, sebanyak lagi 293 kematian dicatatkan akibat COVID-19, menjadikan keseluruhan 13,077 kematian.

— BERNAMA