JEDDAH – Sebuah hotel di bandar Mekah yang menjadi penginapan jemaah haji terbakar hari ini.
Jurucakap pertahanan awam, Nayef al-Sharif berkata, tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kebakaran itu.
Kebakaran itu dipercayai berpunca daripada penghawa dingin di tingkat kelapan di hotel yang terletak di daerah Aziziya, Mekah.
Semua 600 penghuni, kebanyakannya berasal dari Turki dan Yaman yang menduduki hotel berkenaan pada musim haji di telah dipindahkan.- MalaysiaGazette